1. Merancang proses kerja dengan cekap, efisien, teratur, terkawal dan telus untuk menjadikan servis yang ditawarkan syarikat dapat diterima pakai dengan baik oleh pelanggan dan masyarakat setempat.


2.
Memudah dan menggalakkan urusan perniagaan serta menjamin keselamatan tenaga kerja melalui pengamalan aktiviti perniagaan berkualiti bagi menjana pertumbuhan ekonomi berprestasi tinggi.

3. Menyediakan dan menyelenggara tangki septik dan prasarana fasiliti agar kualiti dan prestasinya dapat mencapai tahap optimum bagi memenuhi keperluan pelanggan.


4. Mengadakan aktiviti sosial dan riadah bersama tenaga kerja syarikat agar keharmonian dan semangat kebersamaan terpupuk didalam satu jaringan yang mantap.


5. Memastikan maklum balas yang diterima pihak syarikat dari pelanggan akan diambil perhatian serta membuat susulan sehingga selesai.


6. Memastikan semua perkhidmatan dapat dicapai secara berterusan (24jam x 7 hari) bagi sesetengah kategori kerja yang memerlukan perhatian dan kawalan.


7. Mengurus kutipan sisa pepejal dengan cekap dan dilakukan secara berhemah.


8. Memberi makluman secara berterusan kepada warga setempat serta pelanggan tentang peri pentingnya untuk menyelenggara sisa kumbahan dan sisa pepejal yang dihasilkan oleh individu serta industri untuk memastikan kelestarian alam sekitar dapat dicapai dan direalisasikan.


9. Memastikan modal insan dibangunkan secara berterusan untuk melahirkan warga kerja yang kompeten, berdaya saing dan berkemahiran tinggi.