MBM TIGA ENTERPRISE ditubuhkan dan didaftarkan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berpengkalan di Melaka dan kemudian dikenali sebagai MBM TIGA ENTERPRISE SDN BHD. Syarikat ini diasaskan oleh ENCIK MUSTAPA BIN MOHD SA’AD, seorang bekas Jurutera dan usahawan Bumiputera tulen, dan bertitik tolak dari itu, beliau memacu, mengetuai, mengendali dan memperkembangkan servis dan potensi syarikat ini bersama-sama barisan pengurusan dan tenaga kerja syarikat. Bermula dengan aset dan modal kerja yang terhad serta serba kekurangan, kini MBM TIGA ENTERPRISE SDN BHD telah mula meniti fasa baru perkembangan syarikat dengan penambahan dan peningkatan upaya modal kerja serta aset-aset strategik dalam menguruskan setiap arahan kerja yang diterima dari pelbagai lapisan dan kategori pelanggan. Syarikat juga kini telah mendaftar untuk GST bagi bersama-sama berkongsi hasil usaha dalam memangkin pembangunan ekonomi negara.

Selama belasan tahun berada di dalam Industri Pembentungan, Pengurusan Sisa Pepejal & Kejuruteraan Awam, MBM TIGA ENTERPRISE SDN BHD telah memberi banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada anak-anak Bumiputera di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor untuk bersama-sama syarikat dalam menggalas amanah yang diberikan dari hari ke hari.

Perniagaan ini bermula dari akar umbi, dan telah mengharungi pasang surut permintaan industri serta cabaran kerja yang kompleks, namun kami percaya bahawa kualiti kerja, disiplin yang tinggi, arahan yang jelas dan keyakinan pihak pengurusan akan membawa momentum & nilai syarikat ke tanda aras yang lebih tinggi serta menyumbang kepada kecemerlangan hasil kerja untuk semua pelanggan di setiap pelusuk negeri di dalam Malaysia.